Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Please, I'm so sorry...!

Assalamualaikum...



Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu.

Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah dibahagian mulutnya.

Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut.

Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. 

Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah dan akhirnya ia pun mati.

-Ringkasan cerita Ular dan Gergaji-


*****

Mesti korang pernah terdengar atau pernah terbaca tentang cerita ini kan..? Atau mungkin tidak tahu langsung tentang kewujudan cerita ini..? -ok itu aku... hehe

Duk aku membelek-belek post member kat fb tadi, terjumpalah cerita yang di-share-nya ini. 

Aku agak tertarik sebab memang cerita itu kena sangat batang hidungku yang agak tak mancung ini 
haha ~ walaupun tidak mancung - tetap menjadi pojaan hati dot dot dot - Alhamdulillah... 

Ok, abaikan ( -____- )


*****

Jika Emosi berjaya memalapkan Hati kerana sedang terluka atau telah disakiti,

 Telah berjaya juga mengubah Akal menjadi kurang waras, 

maka sifat Amarah pantas muncul tanpa segan silu.

Sekaligus, kita akan berusaha untuk membalasnya semula dengan adil - adil kata kau..!

Dengan mudah kita melukai dan menyakiti hati mereka . . .

Dengan mudah kita membuat mereka yang kita sayang itu terluka dengan ucapan atau perbuatan kita . . .

Dengan mudah juga kita menghukum tanpa ingin dengar penjelasan atau kata maaf mereka . . . 

Kenapa..?

Sebab dalam minda kita telah di-SET-kan

ADIL

atau

itu baru la adil . . . - haisshh ...


Itulah dinamakan Dendam ..!

Dendam yang akan membuatkan kita hilang rasa malu - kurang waras - rasa peduli dengan perasaan orang

Semua telah luntur akibat Marah..!

Angkara apa..?

Marah..!

Sehingga menjalar menjadi dendam kesumat

Api yang marak perlu segera dipadamkan dengan air



Sebab itu, marah yang keterlaluan perlu dipadamkan dengan segera - jangan tangguh..!

Takut ia akan menjadi dendam, dendam yang akan membinasakan diri kita sebenarnya. . .


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab : Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


Konon kita telah puas membalasnya dengan menyakiti mereka sebagaimana hati kita telah disakiti

Konon kita rasa itu adil sebab - well, ko rasa jugak apa yang aku rasa

 Tapi sedar tak, sebenarnya kita telah menangkan nafsu amarah kita..!

Marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki minda kita.
Dengan emosi yang membuak-buak, kita akan segera membalas perbuatan mereka - kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa atau akan datang.

Kita melukai hati mereka - mungkin dengan kata-kata atau perbuatan kita.

Padahal, jika kita benar-benar sedar,

diakhirnya nanti,

yang akan terluka itu adalah diri kita sendiri . . .


Iyalah kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata - tanggunglah akibatnya

Sebab itu, kita pasti akan menyesal dengan tindakan yang ntah apa-apa tu.

Tak payah ambil masa lama sangat, satu hari pun dah cukup..!

Pagi kita duk berperang mulut -

Petang?

Erk, baru kita sedar - yang kita juga telah membalas perbuatan orang yang menyakiti hati kita itu dengan kata-kata yang sangat tajam sehingga mereka pun terluka

Kan hati dah tak bahagia -

Orang yang sebenar-benarnya hebat, bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, tetapi apabila dia berjaya mengalahkan nafsu amarahnya sendiri.


"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)


Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada empat :

Suka memberi pada waktu susah
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya
Memberi maaf pada waktu marah




Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)


psstttt :
- Bukan manusia mati kerana patukan ular, tetapi mati kerana bisa yang telah menjalar dalam tubuhnya - 



by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi


p/s : kerana marah, aku binasa




Pappu ..?

Assalamualaikum...




TEACHER : What is the chemical formula for water?
PAPPU : 'HIJKLMNO'!
TEACHER : What are you talking about?
PAPPU : Yesterday you said it's H to O!


TEACHER : PAPPU, go to the map and find North America .
PAPPU : Here it is!
TEACHER : Correct. Now, class, who discovered America ?
CLASS : PAPPU!


TEACHER : PAPPU, give me a sentence starting with 'I'.
PAPPU : I is...
TEACHER : No, PAPPU. Always say, 'I am.'
PAPPU : All right... 'I am the ninth letter of the alphabet.'


TEACHER : 'Can anybody give an example of 'COINCIDENCE? '
PAPPU : 'Sir, my Mother and Father got married on the same day, same time.'


TEACHER : 'George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him?'
PAPPU : 'Because George still had the axe in his hand?'


PAPPU : Daddy, have you ever been to Egypt ?
FATHER : No. Why do you ask that?
PAPPU: Well, where did you get THIS mummy then?


TEACHER : What a pair of strange socks you are wearing, one is green and one is blue with red spots!
PAPPU: Yes it's really strange. I've got another pair just like that at home.


TEACHER : Now, PAPPU, tell me frankly do you say prayers before eating?
PAPPU: No sir, I don't have to, my mom is a good cook.


TEACHER : PAPPU, your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
PAPPU: No, teacher, it's the same dog!


TEACHER : What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
PAPPU: A teacher.



Credit 2u : groupVirtualFriends , mylightsaber


1st Giveaway by Puan Husna

Assalamualaikum...




Nak Join..? 
Klik jer banner itu, ok..!

****

Syarat :

Follow Puan Husna
 *Done*

Puan Husna minta SATU cadangan untuk improve-kan blog beliau
*Done*

Wah, untuk stok-stok cadangan ni, bukan satu jer, tapi TIGA aku boleh bagi..!
( Amboi, kerek giler..! - erk ) 


Antara 3 cadangan yang sedang terlintas dalam minda sekarang ini


1) Mengurangkan post entry dalam satu page
mungkin sis boleh kurangkan menjadi 2 atau 3 sahaja dalam page
( erk, boleh faham tak..? (-____~) )

2) Meletakkan kedudukan label di sidebar - kiri
mungkin kedudukan yang sekarang agak tersorok 
( ^___^ )
( sian saya tengok Label tu - macam tersisih dari sahabat mereka - erk )

3) Meletakkan Button Back to Top - untuk naik ke atas semula


Apepun, untuk Puan Husna - ini hanya cadangan  yer.. Mohon Puan Husna jangan la marah atau terasa dengan cadangan ini.


Sekali lagi, memang ini hanya cadangan -

( ^_______________^ )


-End-


Support Jom..!

Assalamualaikum...


Baru lepas sarapan dengan ESP + bun kosong = alhamdulillah... 
( ^______~ )

Hope korang dah sarapan atau sedang sarapan. 
Jangan sesekali tinggalkan sarapan yer... 
Sarapan itu kan sangat penting untuk hasilkan tenaga dalam badan.

 Tak de la nampak lemah lemauuu jer gi kerja... 


\( ^___________^ )/


Btw,

ESP tengah ada promosi, sebelum 31/3/2014 ...!

Nak tahu lebih lanjut ..?
Terjah jer SINI , ok ( ^____^ )

********************************************

Atas itu hanya iklan - haha

Ok, kembali pada tajuk di atas...


Jom la ramai-ramai kita memeriahkan contest ini : 





Tamat 30/3/2014  8/4/2014

Banyak sangat hadiah yang di-sponsor, dan antara salah satunya adalah dari aku sendiri

( ^__________________^ )

Dua hadiah dari Amie Lovely Collection untuk Giveaway ini
(untuk 2 pemenang)


(1.  Inner Magic-hitam )



2. Shawl - Surprise..! ( ^_____^ )
(tak dapat pula nak upload - internet slow sangat - )
( -____- )''


- End -


Wordless Wednesday 4 : Cemburu tandanya Sayang

Assalamualaikum...





p/s : jgn try, nanti menyesal


Credit 2u : tak tau sumber dari mana
dapat dari bff~mintak izin paste disini yer - tq..!


"MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah"

Assalamualaikum...




Lekas join sebelum 28/3/2014.

Klik banner untuk Join, ok..!

( ^____^ )


Takziah aku ucapkan..! :'(

Assalamualaikum...


** PRIME Minister Datuk Seri Najib Razak last night (24/3/2014) confirmed that Malaysia Airlines flight MH370 had ended in the southern Indian Ocean 


First of all, 
Aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa MH370. 

Moga Allah memberikan kekuatan & ketenangan jiwa dalam hati keluarga mereka dalam menghadapi dugaan ini.


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al Anbiyaa’ : 35)






Begitu juga dengan saudara seislam kita di Mesir, seramai 529 penyokong Morsi yang dijatuhi Hukuman Mati telah diputuskan oleh Mahkamah Mesir (24/3/14).


BANTAH HUKUMAN MATI ..!


“Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya,”
tegas Presidennya, Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan.


"Tidak pernah ada dalam sejarah hukuman mati secara besar-besaran dan beramai-ramai ini dilakukan dalam era moden hari ini." 
kata Rupert Coville, jurucakap kepada pesuruhjaya tinggi PBB mengenai hak asasi kemanusiaan. 


 p/s :
"Biarlah Redha itu dengan usaha
 bukan
Pasrah hanya menyerah kalah"


Credit 2u : mylife

Cuti-cuti GIVE AWAY

Assalamualaikum...





Fiza akan bercuti di .......???
( erk.., soalan Fiza tak de talian hayat ker..? )

<(^_____________________^)>


Pada firasat aku la kan..,
Fiza akan bercuti di Sabah..!

 ( erk..., firasat jer pun... haha )


Nak Join..?
Klik jer Banner tu, ok..!

( ^_____^ )

"BLOG PALING SMART"

Assalamualaikum...





 Tertarik sangat-sangat nak Join Contest ni sebab :


1) Hadiah yang gempak seh...!!!

- SET VITAMIN PENJAGAAN KULIT keluaran SHAKLEE -

Sangat-sangat teruja ok...!

\(^_____________________^)/

( sebab my sista ni ahli Shaklee juga - of coz la aku kena join kot-kot boleh dapatkan SET ini - bagi jelez sama dia... hehe... )


2) Syarat yang Simple sangat..!

Hanya Like page sahaja - kan simple tu . . .


3) Taruhan Blog

 Dah penat-penat bina Blog kesayangan ini, sudah tentulah kena cuba masuk contest ini ~ Contest Ratu Blog macam tu ler...
( sajer nk senangkan hati, sebab penat giler la bina blog bagi newbie macam aku ni ~ selamat ada otai-otai yang sudi buat tutorial ~ tqsm..! )


So, apa tunggu lagi..? Takmo la fikir-fikir panjang

Jom, join bagi memeriahkan lagi Contest ini..!

Klik Banner untuk join ok..!

(^____^)




p/s : 
menang kalah tu kan dah adat
So..? No worries k..!

" LIKE & WIN CONTEST "

Assalamualaikum w.b.t



Contest like & win


tekan banner di atas untuk menyertai 


-kelebihan join giveaway ini
+ dapat hadiah topup jika anda bertuah
+dapat masuh group MA BLOG
+ dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger
+ dapat meninggatkan traffic blog
+ dapat meningkatkan lagi jumlah followers

Apa yang anda tunggu lagi... Cepat join sebelum tamat 


sekian.



Mac giveaway By Ckod-Ckodok

Assalamualaikum...






Nak Join..? 
Klik jer Banner tu, ok..!

(^_______^)



Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Assalamualaikum...


Mata tak boleh nak lelap pula sebab banyak sangat yang nak difikir (mengalahkan PM)


Kadang-kadang,

bila ada jer masalah...

mungkin,

terlalu kecewa...

Marahkan sesuatu...

Bencikan sesuatu...

Sedihkan sesuatu...

rasa diri ini down sangat-sangat...

sampai satu kerja pun tak jalan...

sebab fikiran melayang entah ke mana-mana - fikir itu ini

tiada titik nokhtah!




sehinggalah aku sendiri yang kata,

" ok, full stop..! "
then smile sorang-sorang

(^________^)


itupun sebab masa blogwalking tadi, baca satu n3 ni,

terus tersentap!

Kalau nak dibandingkan masalah kita sendiri dengan orang lain ~

Ya Allah, masalah aku ni hanya sebesar zarah sahaja...!


 MH370 yang belum tahu kesudahannya...

Palestin yang tidak habis-habis ditindas oleh 
si Zionis MukaTembok

Lagi hebat dugaannya..!



Nak dibandingkan masalah aku yang hanya macam...

Semut vs Gajah..?

Malu kowt ~ lekas pi ambil baldi tutup muka

********

Sebelum tidur, aku nak la kongsi sikit...


Nabi S.A.W telah bersabda :

Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia...

1. Akal
2. Agama
3. Malu
4. Amal Soleh

 ...dan ia boleh hilang dengan 4 perkara juga

1. Akal - boleh hilang disebabkan Marah

2. Agama - boleh hilang disebabkan Dengki

3. Malu - boleh hilang disebabkan Tamak

4. Amal Soleh - boleh hilang disebabkan suka Menceritakan Keburukan Orang Lain



********


p/s :
"...if you are feeling down, 
compare yourself with all the people uglier, poorer and more troubled than you..."


~ sentiasa doakan umat Islam yang sentiasa ditindas - juga untuk MH370 semoga Allah memudahkan segalanya , Amin... ~


Credit 2u : ShakirShafiee , AtiqahJumaat


Lirik : Dunia Belum Berakhir - Shaden

Assalamualaikum...






Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Masih banyak teman-teman ku di sini
Menemani ku

Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Wajah ku juga nggak jelek-jelek amat
Ada yang mau

( 3 )
Ku pikir-pikir
Ku pikir-pikir
Lebih baik aku menyingkir
Ku pikir-pikir
Ku pikir-pikir lelah
Oh oh...

( 4 )
Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Paling-paling juga kalau
Kamu mentok balik pada ku

( ulang 3 )

Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Masih banyak teman-teman ku di sini
Menemani ku
Andai kau tahu... apa yang ku rasakan
Andai kau mau... mengerti oh oh

( ulang 4 )

( ulang 3, 4 )

Paling-paling juga kalau
Kamu mentok balik pada ku
Dunia belum berakhir


*******




p/s : mengimbau kembali kenangan time sek. rendah ( ~ 1998)



Credit 2u : LirikLagu

Jom, Cantik..!

Assalamualaikum...



Morning, morning, morning..!!!

Kita kena mulakan hari-hari kita dengan senyuman yang paling menawan..!



See...


(^_______________________^)


Menawan tak..? 

Senyum seindah suria..!


Erk..!

Bukan untuk that guy or that gurl okay..!


Tapi senyum di depan cermin.

Sambil korang tengah menyikat rambut, atau tengah bersolek tu, buat la senaman muka dengan senyuman.



Gila kau..! Senyum sorang-sorang depan cermin..?!


Erk.., kan sorang-sorang tu, mana ada orang nampak..!

Hehe...

Ignore jer orang yang cakap kau gila, okay..!
(  even diri sendiri yang cakap - itu kes lain (~_____^)  haha )



Rahsia nak cantik? 

Berseri jer bila orang tengok muka kita..?


Jom, kita amalkan doa ini! InsyaAllah, Allah mudahkan segalanya.


Amalan membaca Doa ketika Memandang Cermin




Amalkanlah... Tak rugi pun. 

Baca

Hafal

Hayati


Okay..?


So, jom istiqamah..!


\(^_______^)/




p/s : 
senyum itu kan sedekah...
Senyum gedik..? itu - no comment -





Credit 2u : believeweallcan

Cuba Dulu, Baru tahu...

Assalamualaikum...


Datang office dengan senyuman sampai ke telinga 
(ok, itu tipu..!)


Dah la datang lambat 

(ok, itu betul..! hurmm.. kena perbaiki - erk..! )


Mungkin sebab

Hujan..!

(ok, itu alasan..!)







Lambat macam mana pun, sarapan tetap sarapan okay... 

ESP yang utama..!

Bagi tenaga & badan segar jer..!



Psstttt - paling penting, ia melawaskan... 

(^_____-)''  heh...heh



* Intai kelebihan ESP .
ESP tengah ada promosi tu - bulan Mac ni jer..!

*********************************************

Dalam office kan sejuk. Budak-budak office ni suka sangat rendahkan suhu.

Maka, sejuklah jadinya...

Kulit aku ni pula sensitif.


Maka, kenalah sapu krim 


Herbal Blend Shaklee ..!





Jom, tengok kelebihannya :


Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
Menghilangkan ruam pada bayi
Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
Sebagai losyen untuk kegunaan harian



( mak cakap " oit, kaki dah macam orang tua..! )

(~_________-)''

Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah


( Kulit aku ni pula sensitif ... 

Sejuk sangat pun tak boleh, panas sangat lagi la tak boleh )

Menyelesaikan masalah kulit gatal


Maka, aku pun cakap dengan my sis,

"Dik, belikan akak losyen..!"


"Meh duit..."


"Nah..!"




"Masuk buku Tiga Lima..!"



- End -



Credit 2u : vitaminsemulajadiKaryaOrbitAku


Let it go..!

Assalamualaikum...


- Just, let it go...! -



Biarkan Ia pergi...


"Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan…
Yang hilang, mungkin boleh jumpa gantinya…
Walau tak sama, mungkin ada serupanya…
Walau tak banyak, sikit pun apa salahnya…
Dari tiada langsung, takut merana selamanya…

Mengeluh pun dah tiada gunanya…


Yang kita nak, tak semuanya kita dapat…
Yang kita tak nak, cepat pula kita terima…
Dah tak sudi, tak payah paksa...
Biarkan ia pergi, kalau itu ketentuan-Nya 
Buang masa bermuram durja…
Pantang lepa, kita ditinggalkannya…
Sungguh, masa mencemburui kita!

Mengeluh pun dah tiada gunanya…


Senyumlah, senangkan hati..!
Syukuri nikmat yang telah diberi…
Kenapa nak kenang, benda yang dah pergi..?
Buat sakit hati, malah makan hati...
Kan dah rugi...
Bukan lama pun kita didunia ini…
Pejam celik pejam celik mata ini,
Pejam lagi khuatir terus tak celik-celik lagi…

Mengeluh pun dah tiada gunanya…


Berjuanglah wahai insani,
Menjadi hamba yang miskin sering meminta…
Menjadi khalifah yang memberi dengan kaya usaha..!

Cinta pada Allah, selamanya…
Itulah cinta hakiki, cinta yang bawa ke syurga yang dinanti…"



by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi


p/s : Aku redha kalau itu ketentuan-Mu...





Wordless Wednesday 2

Assalamualaikum...




p/s :
Aku memang OKU,
Orang Kaya Upaya
bagi mereka yang Celik Hati


******************************************************************


Bangga dengan seorang pak cik tua di pasar pagi yang juga sedang membeli barang seorang diri malah beliau sendiri memandu kereta ke sini- walau beliau hanya berkerusi roda.

My Sis kata,
Jangan sangka orang OKU tak mampu buat apa yang orang NORMAL buat



Credit2u : my sis (adik) @ Inkay

Macam-Macam Cerita : 2nd Blog Contest..

Assalamualaikum...



Pilihan terbaiiikkkk - of coz la letak

Brooch bersaiz kecil

(^____________________^)



Terlintas pula difikiran,

apa kata if..?

Isi jer dengan koleksi duit syiling =D





Jom la JOIN..!
Hadiah-hadiahnya sangat menarik..!

Klik jer banner tu untuk join ok

\(^________________^)/


Oh My Kitties..!

Assalamualaikum...



- Jom layan komik pendek Oh My Kitties..! -

* dedicated to my beloved sista..! yang berada nun jauh di utara *
bila mau balik Oooo..! :'(

***********************************************************************

(5/3/14)

Matahari yang terik, terik teramat terik. Sehingga terasa ke kulit. Menyucuk-nyucuk! Peluh tak payah nak cakap. Habis lencun baju dek peluh yang mencurah-curah akibat sistem perkumuhan.

Tak perlu bersenam. Habis kalori dah terbakar dek curahan keringat.
(Balik rumah kena timbang ni..!-mesti dah kurus - smile sampai ke telinga. . .)

(-__________-)''


HoHo. . .


Hidupkan penghawa dingin.

"My kitties, duk diam-diam dalam ni ok..!"
Keluar sahaja dari kereta, terus menuju ke tokey kedai.




"Itu doktor belum sampai lagi..!"

Pandang tokey yang sedang memasukkan barang-barang pelanggan ke dalam plastik.

'Aik.! Baru jer nak tanya, dah jawab. . .'

Ada lagi dua tiga pelanggan sedang beratur untuk membayar barang masing-masing.

"Bila sampai aunty?"

"On the way..!"

Sigh

'Waaa.... Bakar kalori lagi. . .'

(-__________-)''

- kurussss -





Tik. . . Tok. . .Tik. . . Tok. . .
































-"Putih..! Jangan tendang Tom..!"-


'Wah, pandai jegil mata..!'
















Dasar Putih yang tak pernah nak mengalah dengan Tompok..!
Boleh dia tindih si Tompok tuuu. .

Err...
Nampak si Hitam tak..?


***********************************************************************

Disebabkan Putih terlalu mengganas.

mungkin sangkar terlalu kecil... yeah, maybe. . .

atau

Mungkin - panas sebab dalam sangkar tiada aircond...

ker sebab aku yang rimas
dengar dan tengok diorang duk merengek , gaduh bagai sebab nak keluar..!

"Mana doktor ni..? Janji kul 12. Sekarang dah nak kul 1 ok..!"
Waaa.....pukul berapa nak masuk office ni. Erk..!



Akhirnya, Tompok dikeluarkan juga dari sangkar.

Atas alasan yang kuat berserta kukuh dengan bukti -

Hernia Diafragmatics


Oh, by the way. . .

Doktor datang juga. . . dan mereka telah pun disuntik.

Balik rumah, bagi mereka makan dan cepat-cepat gegas ke

officeeee. . . !

-masuk office, buat muka

innocent

************************

p/s : 
sedang dalam dilema untuk bedah atau tak


Habis Madu Sepah dibuang merata...

Assalamualaikum...





Bersabarlah wahai Isteri yang diuji
angkara Suami yang tak mengenang budi
mungkin juga tengah dongak bangga diri

kerna dapat yang lagi sensasi ...

oh.., mungkin juga dia lupa

lupa diri barangkali

terhadap

Pengorbanan Isteri yang telah lama menjadi suri dihati
bermacam perkara dibuat untuk ambil hati

Melayan, memasak, menjaga sakit demam, juga mencuci
untuk siapa dihati ?
tentulah insan yang bergelar Suami yang dicintai

Itulah si Isteri
 Tulang belakang si Suami
Sehingga berjaya mencapai cita-cita yang dihajati ...

tetapi sekarang

apabila telah menjadi pujaan hati
insan yang tidak punya hati ...

Ditinggal
Dibiar
Diabai

terkapai-kapai seorang diri

Kasihan ... Sungguh kasihan pada si Isteri

tetapi percayalah

Tuhan bersama kamu
kerna kamu juga tahu
itu adalah Ujian
buat diri yang dicintai

Bak kata Ustaz Kazim Elias
~ Kalau Dah Jodoh ~

mungkin dah Jodoh

Apabila Kahwin - itu dah jodoh
Tiba-tiba Cerai - dah tiada jodoh - itulah, tidak pandai memilih

tetapi

Bujang Terlajak ..?
Andartu ..?

Dikata pula - terlalu memilih

Ohhh, pening sudah


Ya Tuhan, begitu sekali tanggapan kami
Ampunkan kami

Maka,

Redha

kerna Dia Maha Mengetahui, Maha Mengasihani & Maha Adil


Oh, walau apa pun yang terjadi


" Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. 
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

(Qs. An Nur : 26) 


by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi



p/s : 

Tak suruh pun sentuh Periuk Api ...

(~__________~)''



Credit 2u : naim amin's art