Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang eksekutif  muda yang berjaya sedang  memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar.
Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil memandu perlahan-lahan, dia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. 

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengenai pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi eksekutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan  menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : 

"Apa ni ? Siapa awak ? Dan apa kejadahnya awak berada di sini ?
Itu kereta baru , mahal dan susah  nak baiki ?
Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? " jerit eksekutif  tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf  ; 
"Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat." Dia merayu.
"Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil." sambungnya lagi.

Dengan linangan air mata, dia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya , dia  jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang  yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. 

Dengan rasa terharu, eksekutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat." ucap si anak kecil itu.

Tidak dapat digambarkan dengan perkataan, eksekutif muda hanya melihat dengan sayu si anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.
Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. 

Eksekutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta Wajanya yang telah kemek teruk tetapi dia membiarkan sahaja tanpa dibaiki.
Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.




Pengajaran :

Allah tidak menjanjikan hidup ini senang dan tidak pernah susah, 
bersuka-ria tanpa kesedihan,
umpama panas dan hujan,
tetapi Dia sebenarnya ingin memberikan kita kekuatan,
menenangkan kita semasa kesedihan
dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.


Credit2u : gengVF- edit supaya fhm by me (:



p/s : sebab nak - kan perhatian la, aq telah dianggap khianat..! :'(

1 comment:

msredcheesecake said...

kena hilang kan sifat pentingkan diri sendiri