Assalamualaikum...
Petang-petang macam ni,
mula la mata duk tengok jam - 'Ala.., baru pukul berapa. . .'
tapi bila kerja tengah berlambak-lambak,
mata duk tengok jam juga - memang la - ala...tapi..,
'Ala-mak, dah pukul berapa ni..!'
*****
Tengok sorang staf ni duk lalu-lalang depan aku. . . - tak kisah la kan...,
tapi yang aku agak kisah ni sebabbbbb -
kat tangannya ada biskut ~ biskut okay..??!
-3 kali lalu-lalang sini, 3 kali juga bawa biskut-
so..?
means what..?
yelah kan..,
1st and 2nd aku tegur tak jalan - maklum la, tegur pun comel jer.. - haha
tapi
Bila dah kali ketiga aku tegur - bunyik pun dah jadi lain macam ~
"Nak saya search ker tentang amalan mereka yang makan berdiri ni - ikut amalan siapa..?"
haha - kira comel la jugak tu ~
*****
Sekilas petang :
Jauhi Amalan yang Disukai Syaitan :-
1. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri
Rasulullah SAW meneruskan : "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan."
(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
2. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Hadis Riwayat Muslim)
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi
Hadis Nabi SAW yang bermaksud :
"Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)."
( Hadis Riwayat Muslim)
4. Syaitan kencing di telinga
Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari.
Dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud :
"Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya."
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam
Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "
6. Syaitan makan sisa-sisa makanan
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) :
"Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan."
Anas melanjutkan ; "Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan."
Baginda berpesan ; "Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "
(Hadis Riwayat Muslim)
7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan
Firman Allah SWT ;
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan."
(Surah Al-Isra' ayat 27)
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia
Maka Rasulullah menjawab ;
"Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. "
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan."
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan
Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
"Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu?"
" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan?"
Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"
" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "
" Ya. "
" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "
" Ya. "
"Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah?"
" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya."
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan
Sulaiman Bin Surd berkata :
"Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.
Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja
Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka."
(Hadis Riwayat Bukhari)
13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan
Rasulullah SAW bersabda :
"Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan."
( Hadis Riwayat Muslim)
14. Syaitan boleh membesar seperti rumah
Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata,
"Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan."
Nabi SAW bersabda :
"Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat."
p/s : tengok jugak kiri kanan buat n3 ni-haha-
meremang bulu tengkuk kang tak pasal-pasal
(^______^)
Credit2u : AbuBasyer
1 comment:
nice info :)
folo n nuffed :)