Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Khutbah Terakhir Rasul Allah S.A.W - Khutbah Wida’

Assalamualaikum...





KHUTBAH WIDA’
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan..!!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. 
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. 
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. 
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. 
Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "





"God gives every bird its food, but He does not throw it into its nest."
-J.G. Holland-



p/s : Moga hari ini lebih baik dari hari semalam. . .



Credit 2u : Islam2unet , greencastle(pic)


1 comment:

Mizz Aiza said...

sangat bermanfaat perkongsian ini untuk renungan kita semua..