Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Sangat Teruja..!

Assalamualaikum...



Ok, serius tak sabar nak tonton sambungan drama minggu depan (erk, macam lama sangat pulak) . 

Tak kisah la, tapi aku sangat teruja untuk mengetahui apa sambungannya...!

\(^____^)/


Jom, layan Drama apa la tu...



7 SUAMI

Selepas suaminya yang ke-berapa entah (haha..tak ingat-sebab ter-skip tengok =D ) , si Yah atau nama sebenarnya Safiyah (Izreen Azminda) balik juga ke tempat asalnya iaitu di kampungnya. Suami yang ke berapa entah tu dilakonkan oleh Azhar Sulaiman telah pun meninggal dunia akibat terlalu murung kerana lumpuh.

Jadi, Si Yah ni pun balik la ke kampungnya. 

Sebelum berkahwin, Yah tinggal dengan neneknya. Dia ni memang sangat dibenci oleh hampir seluruh penduduk kampung kerana perbuatan ibu bapanya dulu. 

( Kerana seorang dua ahli keluarga, kalau boleh semua keturunan nak dibenci )

Dalam Setandan Pisang, Bukan Semuanya Busuk , ok ..!
Selingan sikit  ^____^ 


Jom, kita sambung semula...

Apabila Si Yah balik semula ke kampung, Si Suri (Shakila Shoriri) ni sangatlah benci benci teramat sangat..! Padahal dia cemburu... Well, dia dah dapat kahwin dengan si Ihsan (Aiman Hakim) ~ kekasih sejati / bekas kekasih si Yah. Jadi si Suri ni sangatlah terancam kedudukannya dan menuduh si Yah pulang ke kampung adalah untuk merampas semula si Ihsan. 

Si Suri sangat tak puas hati kerana bukan sahaja si Haji Dollah (Kaza) , Ustaz - err tak ingat juga namanya 
( nampak tidak fokus di situ  (-___-'') ) , 

malah si Ihsan pun datang menjenguk ke rumah si Yah. Maka, makin panas la hati si Suri.
( Sape tak sayang suami Ooiiii )



Jadi, si Suri yang berdendam sangat dengan si Yah telah pun merancang satu Rancangan Jahat..!

dan.....


to be continued..... (erk..!)


p/s : tengok Live la baru best ~ ada sambung-sambung (baru surprise gituuu)


Wassalam...



by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi



Credit 2 u : infotaip

Segmen : Pencarian Bloglist by Anna96


Assalamualaikum...







Nak Join..? Klik jer banner tu taw..!


^_____^



Giveaway T.shirt by Tengkubutang

Assalamualaikum...





Jom la ramai2x join..!
Klik jer banner tu wokey..! =D



p/s : 1st time join GA~disitu nampak kejakunan-nyer... ^___^

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Assalamualaikum...


" Berat Mata Memandang , Berat Lagi Bahu yang Memikul "




Perumpamaan yang sering kita dengar... tapi penah tak kita fahami atau dalami perumpamaan ini...


Definisi peribahasa ini :
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu


Kita yang hanya melihat sudah merasai betapa peritnya akan masalah atau kesusahan tersebut, bagaimanalah pula dengan orang yang memikul ...umpama beban atau berat batu yang besar menghempap bahu mereka ... Sungguh berat..!

Betul tak..?

Kalau hati yang stok-stok memang lembut ni, tengok kucing kena pukul pun, dah terasa hati kita dengan perbuatan mereka yang kurang berperikemanusiaan ni kan... Sedih tengok kucing yang tiada pembelaan... Itu baru kucing, belum lagi lihat makhluk sejenis kita... melihat orang tua yang meminta sedekah, anak kecil yang berkeliaran di pusat membeli belah... bagaimana sebenarnya kehidupan mereka... sangat kasihan ...

Kita manusia ni selalunya hanya pandai berkata-kata... tapi tidak pandai untuk bertindak dengan kata-kata itu...

Contoh paling dekat , memeberi nasihat ~ pong pang pong pang ~ tapi hakikat sebenarnya, kita sukar sangat untuk mengikuti nasihat yang kita telah beri itu.

Kita pada masa ini hanya pandai melihat, melihat dan melihat. Selepas itu, kita cepat-cepat menafsir apa yang kita telah lihat itu. Kalau tafsiran yang baik, tidak mengapalah... tetapi ramai orang yang melihat akan menafsir yang negatif terlebih dahulu, barulah positif (nasihat untuk diri sendiri juga ^_^ )


Mungkin dulu-dulu kita pernah mencebik apabila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin kosong. 
Pandangan Positif : Kasihan pak cik ni.
Pandangan Negatif : Itulah, dulu mesti ponteng sekolah...

Suka hati je... ^_^ Main petik je cakap macam tu ...,

Padahal, pak cik itu hanya ingin mencari wang bagi sesuap nasi. Hanya dia yang tahu beban yang menimpa dia. Mungkin juga dia berusaha untuk mencari rezeki yang halal bagi keluarga dan anak-anak dia pula.

Kita yang hanya memandang, hanya tahu kasihan dan simpati. Tetapi sebenarnya, berat lagi beban galasnya itu.

Mungkin dulu-dulu kita pernah menutup hidung apabila ada seorang mak cik tua datang meminta RM1 kepada kita dikedai makan. Ketika itu pula , kita sedang menikmati roti canai telur bawang yang sangat enak. 

Apa yang perlu kita buat..?

"...Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa..!"

So, Ikut la Akal, insyaAllah-Berjaya "

Menolong orang yang dalam kesusahan, pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak..!

Kadang kala..,

Kita pernah menukar siaran ke stesen TV yang lain disebabkan siaran Bersamamu sedang ke udara

(-_-'')


Wahai teman-teman dan pembaca-pembaca blog... 

Marilah kita sama-sama sedar akan " sediakan payung sebelum hujan "

Kita tidak pernah menjangka tentang setiap ujian yang Allah nak bagi pada kita. Kita selalu menjangkakan semuanya indah dalam hidup kita. Dalam meniti serta menghayati keindahan itu, kita selalu terlupa untuk membuat persediaan apabila ujian telah menimpa diri kita.

Barulah kita akan kelam kabut, tertekan, putus asa kerana terkejut dengan musibah yang tiba-tiba menjengah dan menimpa kita. 

Sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi musibah, andai jika suatu pagi nanti, ketika kita sedang bersarapan , tiba-tiba kita rebah akibat serangan jantung. Sudahkan kita bersedia utk menghadapinya..? Cukupkah persediaan yang ada..? Terutamanya dari segi kewangan dan banyak lagi yang perlu kita fikir ...

Jika jawapanya TIDAK.. maka sudah sampai masanya anda sediakan satu persediaan untuk diri anda, suami atau isteri dan anak-anak anda apabila menghadapi musibah. Jadikan setiap hari, adalah hari yang terbaik untuk suami atau isteri dan anak-anak anda kerana anda tidak tahu seandainya esok adalah hari terakhir anda...


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL 

~by : Eika~


Credit 2u : Wiki , SuaraSimpangKiri

Hanya Kenangan

Assalamualaikum ...


Pernah tak terlintas di fikiran korang untuk mengulangi semula kenangan di masa silam Ã  tidak kiralah ia kenangan manis atau pahit. Kalau pahit , kita halau dia jauh-jauh. Shhhhuuhhh….! Sian pulak kowt. Kalau kenangan manis, amboooiii….bagai menatang minyak yang penuh… bagai mahu diulang tayang semula ke peristiwa yang so sweet sangat tu kan kan =D

Tapi korang ada terfikir tak, bahawa kenangan itu sebenarnya telah mengajar kita sehingga jadinya kita seperti sekarang, untuk menjadi lebih dewasa, matang dalam berfikir dan bertindak dalam banyak perkara.

Kepada yang menuntut di IPT, tentu teringin untuk kembali semula ke alam persekolahan. Mereka yang bekerja pula, tentu rindukan kehidupan semasa belajar dahulu. Bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga, tentu ada segelintir yang mengidamkan untuk lalui lagi kehidupan semasa bujang pula. 

Yang penting Kita Enjoyyy !~ erk


Sedangkan, masa tidak boleh diputar kembali ke masa lalu yang telah pun berlalu, semua orang tahu tentang itu. Suatu realiti yang tidak boleh disangkalkan. Pernah korang tengok kartun animasi Doraemon tuuu Ã  siap ada MESIN MASA. Haha ~ itu dah merepek... -_-

Pernah tak korang-korang melawat semula sekolah, tempat pengajian, taman permainan atau kawasan perumahan yang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat belajar, bermain dan membesar korang? Jika ada, tentu korang pernah terdetik di hati, “Seronoknya dapat jadi budak kecik macam dulu..”, “Rindunya dekat kawan-kawan lama..”, “Cinta Monyet dengan si dia , haha...  

tetiba mengimbau kenangan lama ~ rinduuuunyeee… <(^_^)/



Itulah yang aku rasai bila menonton filem Grown Ups lakonan Adam Sandler, Kevin James, Chris Rock, David Spade, Rob Schneider dan banyak lagi.  Walaupun masing-masing sudah dewasa dan berkeluarga, mereka tidak pernah lupa akan tradisi semasa diorang kecil dahulu. Jika ditanya pada anak-anak muda zaman sekarang, mereka tahu ker apa itu permainan Teng-teng, Jala Itik dan Konda-kondi? Hahaha ~ 
mesti muka blurrr macam ni (-_-'') jika aku tanya :

Apakah ini..?



TENG-TENG

- Say again..?! Teng-teng..? Brand baru ker..? -





JALA ITIK

- Jala Itik ..? Adik-beradik Roti Jala la tu ! -





KONDA KONDI

- Konda-Kondi..? Eeee, benda alah apa tu..? Kunonya nama... -


=D kan,,, jujur yang aku pun tak pernah main permainan konda kondi ni-tak tahu dan mungkin sebab tak berapa ambil tahu, dan kalau diberi peluang, mesti la teringin nak mencuba ... - ye ye je...=)


Ok, soalan terakhir -  jeng , jeng , jeng ...

 Yang ini pula..?










Sila angkat tangan kalau tahu - Haha, kalau yang tak angkat tangan tu, dikira agak ketinggalan zaman ler tuuu…kan.
( Haippp! mana der ok..! kasi jeling mata sikit ~ padan muka ) 


Bagi generasi hari ini, sebahagian mereka lebih arif tentang permainan Angry Birds , Candy Crush di gajet-gajet canggih masa kini. Kalau disuruh atok nenek kita main game sepesen itu, agak terkial-kial la jugak jari jemari tu kan…tp pd permulaan jer kowt…hehehe… Banyak game yang berlambak di internet, kedai-kedai yang menjual aplikasi seumpama itu. Dah tak main ler main aper tu, Teng-teng - Jala Itik - Konda-kondi...


Korang pernah tengok filem Grown Ups tak..? Aku pernah la tengok, filem ini sungguh menghiburkan jugak la bagi aku~yang pada masa itu aku sedang dalam kebosanan tak tau nak uat per... Tapi, dengan filem ini, ingatan masa lalu aku menjadi segar bugar dengan kenangan lampau terhadap kengkawan, kat tempat belajar, dan dengan aweks…(lalala) . Betul ke bohong? haha



"...Memories are like Onions , they could make you cry if you keep your eyes open ..."



Jom, layan sinopsis Filem Grown Ups


by:B-edit:Honey



p/s : rumah kata pergi, kubur kata mari-mari…






LIRIK : Everlasting Friends



How wonderful life is
While you are in the world
How wonderful life is
When I hear your songs
Proud to love you with heart
Proud to shout your name
Oh I’m proud to be one of Sapphire Blue

Someday if I have to live without you
I don’t care
What is gonna come around my life
if it’s wrong or right
I know our love will... be side me
Though the years go by
I will stay the same

Eight wonders of my life
to hear, to touch, to take
to feel, too see, to laugh
to love and to be...
Proud to be Ever Lasting Friends
Proud to shout your name
Oh I’m proud to love, you forever


If there’s one thing in this

World that I know is true
It’s the love that I feel
When I think of you
Proud to love you with heart
Proud to shout your name
Oh I’m proud to be one of Sapphire Blue

Someday if I have to live without you
I don’t care
What is gonna come around my life
if it’s wrong or right
I know our love will... be side me
Though the years go by
I will stay the same

Eight wonders of my life
to hear, to touch, to take
to feel, to see, to laugh
to love and to be..
Proud to be Ever Lasting Friends
Proud to shout your name
Oh I’m proud to love you forever

How wonderful life is
While you are in the crowd
How wonderful life is
When you sing your songs
Proud to love you with heart
I’m proud to shout your name
Oh I’m proud to be one of Sapphire Blue
Oh I’m proud to love you.. forever


p/s : Special 4 u... ^_^ (ELF ELS)





Jadi Isteri Ke-Dua..?

Saya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Ya, siapakah antara kita yang memasang cita-cita untuk terus-terus berada di alam poligami…? Berkahwin dengan suami orang…?

Baguslah jika ada di antara kalian yang bujang, positif menerima dan bersedia berpoligami, kerana mungkin kalian telah nampak kebaikan dan kepentingan melaksanakan syariat ALLAH yang satu ini. Dan sebenarnya, kebaikan syariat poligami ini jauh lebih baik dari yang kita sangkakan. Alhamdulillah.

Pertama kali dikhabarkan oleh kakak isteri pertama, bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri kedua, saya terasa amat berat mencucuk fikiran. Ya ALLAH, moga ini hanya mimpi. Namun, terjaga dari tidur, saya ‘terpaksa’ memikirkannya kerana ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup yang sementara.

Saya juga sama seperti kalian, ingin bernikah. Ingin menjadi isteri yang pertama. Bukan sekadar menjadi isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri.

Saya tidak ingin suami saya mencintai dan menyayangi wanita lain. Saya tidak mampu. Kerana saya dibesarkan dalam lingkungan masyarakat dan arus media yang sangat mendokong monogami, menyisihkan poligami.

Tapi ternyata ketidakmampuan saya sangat sedikit berbanding kehebatan ALLAH mengatur setiap salur galur urusan makhluknya.

[ Malah kini saya suka kalau suami saya dan para suami lain diberi kemampuan untuk memiliki lebih dari satu isteri...opss, nanti kita kupas pasal ni..]

Melalui kakak isteri pertama, saya mendapat info dan sedikit sebanyak pengenalan mengenai suami saya (bakal suami waktu itu). Dan seterusnya setelah saya bersemuka dengan bakal suami bersama isterinya, saya menghadapkan lamaran itu kepada mak dan abah.

Ya, mak dan abah amat sukar untuk menerima. Kata abah, perkahwinan itu sendiri terlalu banyak cabaran dan ranjaunya, apatah lagi hidup di alam poligami. Saya terlalu mentah untuk menghadapi semua itu, abah mengingatkan.

“Mak pula macam mana ya…?” tanya saya pada mak.

“Mak ni, kalau boleh biarlah bukan suami orang. Saudara mara kita tak pernah ada yang bermadu… tapi kalau dah jodoh tu, mak terima je lah..” mak menjawab dari persepsi seorang ibu.

Mak sempat juga berkongsi, tentang seorang kawannya, “ Dulu dia bercerai sebab tak boleh terima suaminya nak berkahwin lagi…tapi sekarang, dia pun dah berkahwin semula dengan suami orang lain”. Maksud mak, kadang-kadang perkara yang kita tak nak dan tak terfikir, akan datang juga kepada kita.

Waktu itu, saya berusaha mencari isteri yang berpoligami, ingin meminta pandangan mereka. Ada dua orang isteri, yang bergelar isteri kedua, yang memberi pandangan kepada saya. Mereka menasihatkan saya supaya tidak menjadi isteri kedua atas sisi-sisi negatif kehidupan poligami yang mereka lalui.

Namun setelah difikir-fikir semula, sisi negatif itu bukan kerana mereka berpoligami, tapi itu adalah konflik lumrah yang berlaku dalam perkahwinan monogami sekalipun. Apapun, saya tetap menghargai pandangan mereka berdua.

Selain mereka berdua, saya tidak ada contoh rujukan yang lain dari kalangan yang berpoligami. Namun saya bersyukur, beberapa orang yang saya minta pandangan, memberi nasihat yang sangat menenangkan iaitu– Kembalikanlah semua ini kepada ALLAH. Kuatkanlah hubungan dengan ALLAH. Persiapkanlah diri menghadapai ujian-ujian rumahtangga yang pasti, samaada bermadu ataupun tidak.

Menghadapi pula sebahagian pandangan insan sekeliling yang lain, ternyata inilah yang membuatkan tak ada orang yang terdorong untuk berpoligami.

Untuk yang ingin menjadi isteri kedua - bersedialah dengan kata-kata yang tidak enak didengar. Atau dilabel perampas dan pengacau.

“ Dah tak ada orang lain ke.. orang bujang kan ramai lagi…”

“Dah desperate sangat ke…??”

“Kenapa mengganggu kebahagiaan orang lain..??”

Ya ALLAH, ampunilah mereka..sesungguhnya mereka tidak mengetahui…

Sedangkan para isteri pertama pula dikatakan tidak pandai menjaga suami, dan segala cakap-cakap lain yang mengganggu kesediaan dan ketenangan para isteri untuk meraikan alam poligami.

Para suami tidak kurang hebatnya dikecam, ‘gatal’ dan ‘miang’ gelaran biasa bagi suami yang berusaha membina rumahtangga seterusnya.

‘Kahwin kerana nafsu’.. kata sebahagian orang pada para suami yang berhasrat bernikah lagi. Apakah kita  dan kalian semua yang berkahwin kali pertama, baik lelaki atau perempuan, bukan kerana didorong nafsu dan perasaan ? Tak apa.. yang ni pun boleh buka topik lain :p

Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita yang mudah melabel, berprasangkan buruk dan mengeluarkan kata-kata yang seandainya kita tahu redha dan murka ALLAH atas perkataan yang disebut, nescaya kita memilih untuk mengunci lidah dari berbicara.

CEMBURU

“Tak cemburu ke…..????” inilah persoalan yang kerap diajukan kepada para isteri yang bermadu.

Duhai teman, jika anda seorang perempuan yang normal, anda akan cemburu. Bukan cemburu sikit-sikit, boleh jadi cemburu sangat-sangat. Kadar cemburu setiap orang itu berbeza-beza…

Dan saya adalah perempuan normal itu :P

Cemburu saya memuncak sebelum saya bernikah. Menghampiri tarikh pernikahan, saya tak dapat membayangkan kelak suami saya punya isteri lain yang diberi perhatian, yang disayangi, yang dirindui… dan macam-macam bayangan yang menjadikan hati saya tidak kuat untuk menampung rasa cemburu itu.

Saya pun terus menulis emel panjang lebar kepada bakal suami, bahawa saya ingin membatalkan lamaran yang diterima atas beberapa sebab-sebab, satu sebab sahaja yang saya tak tulis…bahawa saya sangat cemburu..saya tak mampu….. Terima kasih melamar saya menjadi isteri kedua.

Tapi saya tak sempat tekan butang ‘send’. Saya termenung di hadapan komputer. Ya ALLAH.. . betulkah tindakan ku ini..? Hanya kerana rasa cemburu, saya ingin membatalkan pernikahan yang dirancang. Adakah PERASAAN saya yang akan membuat keputusan, bukan petunjuk keimanan dan pemikiran yang matang dan waras..?

Airmata saya menitis, saya teringat bahawa saya selalu mengingatkan teman yang sudah bertunang dan mendekati pernikahan, jangan semudahnya memutuskan pertunangan hanya kerana cabaran-cabaran yang datang, hanya kerana ragu-ragu yang mencuit-cuit hati..hanya kerana perasaan yang bertukar-tukar dan tak tenang.

Fa’iza ‘azamta, fa tawakkal ‘alallah. (Setelah kamu bertekad, bertawakkal lah kepada ALLAH.) Rujuk Surah Ali Imran:159.

Saya delete emel untuk memutuskan lamaran itu, bismillah, saya tidak fikir lagi tentangnya. Saya hanya berdoa moga ALLAH permudahkan pernikahan kami.

Ya...memang takut sebenarnya, melangkah ke alam pernikahan bernama poligami, kerana ia sesuatu yang janggal dan masih belum diterima di hati-hati kita semua.

Saya meluah perasaan kepada seorang bapa saudara, abang kepada ibu saya,

“Paklang.. nanti kalau saya kahwin jadi isteri kedua, nanti esok kalau jadi apa-apa, macam mana saya nak hadapi..? Nanti orang kata – sape suruh jadi isteri nombor dua..???????”

Jawab Paklang, “Tak payah kita ramal-ramal masa depan ni.. Kita tak tahu. Memanglah risau kalau fikir macam-macam.. tapi sekarang ni kita buat dengan cara elok. Dia (bakal suami) pun dah datang jumpa mak abah dengan cara elok.. orang nya pun nampak elok.. Tak payah fikir sangat benda yang kita tak nampak”

Paklang nasihatkan - perlu bersedia menghadapi hidup berumahtangga, dalam masa yang sama, jangan keterlaluan memikirkannya, hingga kita takut untuk melangkah.

Yang saya kongsikan di sini, hanya tentang secebis kisah cemburu dan pandangan insan lain tentang poligami. Banyak lagi cabaran lain yang menduga, dan banyak lagi bentuk cemburu lain yang menjelma sepanjang pernikahan..namun ALLAH lah sebaik-baik Pemelihara.

Justeru, rasa cemburu, ragu-ragu, sedih, kecewa, takut, bimbang dan macam-macam rasa yang kalian lalui untuk menuju ke arah pernikahan, serahkan lah ia kepada ALLAH. ALLAH lah yang memegang hati kita… dan dengan rahmat ALLAH lah, perasaaan itu mampu kita terjemahkan dengan akhlak yang diredhainya.

Akan bersambung, moga perkongsian ini menjadi peringatan untuk menambah keimanan...



**Perasaan yang tidak pasti - bagaimana nak bagitahu kat korang selepas baca n3 kak Adni ni... 

p/s: Kita Hanya Mampu Merancang, tetapi Hanya Allah Maha Menentukan ..!