Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?

Assalamualaikum...




Pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di Berita Harian (BPop) :

Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.

Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu.

Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.

Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebuh raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang, yang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumah pun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.


p/s :
Bila dah tak suka-
semua yang wangi pun berbau busuk :'(



Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah

Assalamualaikum...





"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada.
Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik,
niscaya (perbuatan baik) akan menghapusnya (perbuatan buruk).
Dan berperilakulah terhadap sesama manusia dengan akhlak yang baik."
(HR. Ahmad dan al Tirmidzi, beliau menghasankannya).



p/s :
Walau Allah tak beri apa yang kita nak,
tapi Allah bagi apa yang kita perlu.


Credit2u : voa-islam , nursafitriaini

Sahabat Sejati

Assalamualaikum...





“Don't walk behind me;
I may not lead.
Don't walk in front of me;
I may not follow.
Just walk beside me and be my friend.”
-Albert Camus-



p/s : kawan bukan macam chipsmore-sekejap ada sekejap tak de


Credit2u : macam2com , goodreads

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang eksekutif  muda yang berjaya sedang  memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar.
Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil memandu perlahan-lahan, dia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. 

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengenai pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi eksekutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan  menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : 

"Apa ni ? Siapa awak ? Dan apa kejadahnya awak berada di sini ?
Itu kereta baru , mahal dan susah  nak baiki ?
Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? " jerit eksekutif  tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf  ; 
"Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat." Dia merayu.
"Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil." sambungnya lagi.

Dengan linangan air mata, dia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya , dia  jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang  yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. 

Dengan rasa terharu, eksekutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat." ucap si anak kecil itu.

Tidak dapat digambarkan dengan perkataan, eksekutif muda hanya melihat dengan sayu si anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.
Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. 

Eksekutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta Wajanya yang telah kemek teruk tetapi dia membiarkan sahaja tanpa dibaiki.
Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.




Pengajaran :

Allah tidak menjanjikan hidup ini senang dan tidak pernah susah, 
bersuka-ria tanpa kesedihan,
umpama panas dan hujan,
tetapi Dia sebenarnya ingin memberikan kita kekuatan,
menenangkan kita semasa kesedihan
dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.


Credit2u : gengVF- edit supaya fhm by me (:



p/s : sebab nak - kan perhatian la, aq telah dianggap khianat..! :'(

It's about LIFE...

Assalamualaikum...


Sedangkan lidah lagi tergigit. . .
Ouchhh, sakit kowt..!
-tak nak sakit..? Buang je lidah tu ..hehe-




Jangan cuba memberi harapan, 
kalau anda sendiri pun tidak pasti dengan harapan itu




Bila masalah Datang -
kita 'LARI' untuk selesaikan . . .
( -___-'' )




Hidup dah rasa macam tak best..!
Mulalah nak share post - 
Andai dapat ku undurkan masa - AXL's




“Once your mindset changes, 
everything on the outside will change along with it.”
-Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free-





Yakinlah..!
Suatu perkara tidak akan jadi mustahil -
jika ia dengan izin Allah s.w.t




Usaha..!
Bukan Pasrah-menyerah kalah. . .




The more you give away,
the more you get back. . .!
InsyaAllah..!




Be urself-


- selagi ia baik, usahakanlah -



p/s :
"Pergilah Desa Temu Jodoh,
senang nak dapat jodoh..!"
'Eh-eh korang ni - kalau Allah dah kata TAK -
maka tak la kan. . .'


Credit2u : goodreads , words4ever


Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

Assalamualaikum...




My PD Personal Detail

Nama Blog : Ini BelogAkakAdek Punyer
Url Blog : http://amielovely525.blogspot.com/
Umur Blog : Setup blog akhir bulan 2013 - mula berblog Jan 2014
Bilangan follower : >...< kenapa tanya..? haha

Blog ini gabungan akak & adik - 
tapi adik pula terlebih aktif dengan fb, 
so, tinggallah akaknya sensorang untuk meng-hupdate-blog ini

Kalau selidik dari awal n3 samapai la ke-hari ini -
Blog ini terdiri dari hal bisnes, peribadi, GA, soal masyarakat sekeliling dan unsur nasihat juga sindiran - hehe

Tak mo terasa, okay..!

(乂ღ˘⌣˘)ノ♥ヽ(ˆ⌣ˆ)ヾ 


Btw, kalau nak join, klik je banner tuuu..!
Tarikh tutup : 16-April-2014
Opssss - untuk blogger baru je okay 
( ^________^)



p/s : rindu pula nak tulis biodata

Cuti Ooo Cuti...

Assalamualaikum...




"Kenapa datang sini..?"
"Stress."

"Kerja mana..?"
"Sime Darby"

"Frust dengan makwe..?"
"Tak de makwe-
by the way, sy Stress, bukan Frust. "
tekan ayat 'stress' oleh lelaki itu.

"......."
aku >....<


p/s : need vacation, plz..!

Layan Jer Zaasss...

Assalamualaikum...
















p/s : Serius petang ni tetiba sangat ngantuk...
( ~________- )


TAX Oooo tax..!

Assalamualaikum...





p/s : cukai-cukai jugak-zakat jangan abaikan, ok..! 
( ^__________^ )

SORRY - We were late...

Assalamualaikum...


Malam tadi punya cerita. . .



Dah minta di-Celebrate-untuk dirinya-kan

Akak yang baik hati
(kan dah perah-santan di petang hari. . .huhu)

maka, menurut titah, Patik turutkan. . .


Duk fikir-fikir kat tempat kerja semalam,
maka. . .
Terlintas untuk order pizza.

Kerana kemalasan yang melanda untuk pergi ke sana.
Serius wei, malas la nak pi terjah ke sana...
Nak start kete bagai, tempuh jem lagi, semua tu makan masa wei...,
maka- call je la kan senang..!

Well, zaman it kan.
Hujung jari je la. . .

See..?
Alasan memang menggunung tinggi-kalau boleh nak lagi tinggi
Camner tak GEMUK..!
MALAS nak EXERCISE..!


So, adik pun pi la call si abg pizza ni.
Lepas order, kami aku pun turun makan sambil layan drama tv3.

Adik pun join sama, tapi dia tak nak makan.

Well, tunggu pizza la katakan..!

Kira nak makan malam special la kut-yelah, setiap hari duk makan nasi-kut la dia bosan...

Ada mak kisah..!
Selagi abah tak bising, maknanya dia terima la nasi.
Hehe...

Sebab nasi kan antara makanan ruji kita-

tapi kadang-kadang bosan juga
tekak tiba-tiba tukar versi
Malaysia-Barat

Tu yang pi pekena Chicken Chop kat Bistro Hutan Bandar.
Kat mana..? - Selalu orang tanya.
Ala, sebelah tnb lama tuuu...! -
Siapa orang jb tu, mesti pernah mai kan.

Tak pun, burger depan umah tu pun jadi la...

Burger

Western jugak pe...hehee

*****

Aku dah pun habis makan - adik yang dah bersiap dengan pakai tudung bagai

Well, tunggu itu abg pizza punya pasal-berdesup siap..!

*****

Drama pun dah habis-stay tengok berita tv9 pula -
paling penting tak banyak iklan 
hehe

Tik tok tik tok. . .

Mata duk tengok jam -
"Ish, mana ni..?" adik dah pandang aku.

Aku jungkit bahu, "Sabar-belum setengah jam kan..?"

"Ok, nak makan nasi la..!"

Erk, - i tot tadi dia tak nak makan - sambal telur mata merah menyala-nyala - kecur kut..!
  
Haha...

*****

Tik tok tik tok. . .

*****

Tik tok tik tok. . .

Telefon untuk kali ke-2 . . .!

Pizza janji nak bagi kupon - 
Ok, relax. . .

*****

I'm waitingggg.....

Actually, we're all waiting..!

*****

Okay..!

Dah satu jam nak lebih hokayyy...!

Pi atas, nak call si abg pizza tu kat atas -
( private sangat la konon-konon )

*****

Adik naik atas,
"Kak, dia cakap kupon dah habis..."

What?! Can u repeat it again..!

Tak payah, aku dengar - haha

kurang-asam-tambah-asam

*****

yelah kan, kalau tiada kupon sekalipun, guna la inisiatif lain -
macam Domino tu- lambat 1/2 jam, free satu lagi.

Maka, nak dipendekkan cerita, aku call sekali lagi untuk kali ke-3 weiii~

"Ya, cik..?" abang pizza manyahut.
"Sila bagi nombor telefon. . ."

"Saya nak buat aduan..!" potong aku. Duk pot pet ape ntah -

"Aduan..?"
"....."
tak sempat aku nak jawab boleh dia cakap. . .

"Nak report polis ker..?"

See..?
Kuang ajo..!
Nasib baik aku tak tergelak-Eeee..!

Then, bro ni pun pass la kat orang atasan dia.
Lagi bersopan cakap dengan aku than bro tadi-apxb

Then, dia pun janji akan call branch tempat aku tu dan make sure manager sana akan call aku semula.


*****

"Dia cakap apa..?" Aku tanya.

"Manager tu minta maaf dan dia petik si abang pizza, katanya budak baru -
dan sebenarnya kupon tu ada kat dia (si manager tu ler)."




Finally~


-The end-



p/s : Customer is always rito..! haha


Jauhi 14 Amalan yang Disukai Syaitan

Assalamualaikum...


Petang-petang macam ni,
mula la mata duk tengok jam - 'Ala.., baru pukul berapa. . .'

tapi bila kerja tengah berlambak-lambak,
mata duk tengok jam juga - memang la - ala...tapi..,

'Ala-mak, dah pukul berapa ni..!'

*****

Tengok sorang staf ni duk lalu-lalang depan aku. . . - tak kisah la kan...,
tapi yang aku agak kisah ni sebabbbbb -
kat tangannya ada biskut ~ biskut okay..??!
-3 kali lalu-lalang sini, 3 kali juga bawa biskut-
so..?
means what..?

yelah kan..,
1st and 2nd aku tegur tak jalan - maklum la, tegur pun comel jer.. - haha
tapi
Bila dah kali ketiga aku tegur - bunyik pun dah jadi lain macam ~

"Nak saya search ker tentang amalan mereka yang makan berdiri ni - ikut amalan siapa..?"

haha - kira comel la jugak tu ~

*****

Sekilas petang :




Jauhi Amalan yang Disukai Syaitan :-

1. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri

Rasulullah SAW meneruskan : "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan."
(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)

2. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi

Hadis Nabi SAW yang bermaksud : 
"Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)."
( Hadis Riwayat Muslim)

4. Syaitan kencing di telinga

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari.
Dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud :
"Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya."

5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ; " Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) :
"Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan." 
Anas melanjutkan ; "Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan." 
Baginda berpesan ; "Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "
(Hadis Riwayat Muslim)

7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan

Firman Allah SWT ;
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang  yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan." 
(Surah Al-Isra' ayat 27)

8. Syaitan mengganggu ibadat manusia

Maka Rasulullah menjawab ;
"Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. "
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan."
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan

Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
"Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu?"
" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan?"
 Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"
" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "
" Ya. "
" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "
" Ya. "
"Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah?"
" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya."

11. Perasaan marah adalah daripada syaitan

Sulaiman Bin Surd berkata :
"Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.
Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)

12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja

Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka."
(Hadis Riwayat Bukhari)


13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan

Rasulullah SAW bersabda :
"Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan."
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah

Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata,
"Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan."
Nabi SAW bersabda :
"Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat."




p/s : tengok jugak kiri kanan buat n3 ni-haha-
meremang bulu tengkuk kang tak pasal-pasal
(^______^)


Credit2u : AbuBasyer

Wordless Wednesday 6 : Be Success..!

Assalamualaikum...






“Well, I must endure the presence of a few caterpillars if I wish to become acquainted with the butterflies.” 
-Antoine de Saint-Exupéry, The Little Prince-




p/s :
Say No, to Cuba - 
but Yes, to Usaha..!



JOHOR - Hobbies Carnival @ Kompleks Pusat Bandar PG

Assalamualaikum...


Wahai warga Johor sekalian..!
(>'o')>  <('o'<)
 (cewahhh . . .)

Terutama sekali mereka yang tinggal di Pasir Gudang :-

Jom, ramai-ramai kita memeriahkan Karnival Hobi Johor..!
Bertempat di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
-Siapa orang Pasir Gudang tu, jangan lupa terjah,ok..!-

Tarikh : 1-3 Mei 2014
(10 pagi - 12 malam)


Anjuran : Pihak Melodies Entertainment & Enterprise


Disediakan juga lot bagi yang ingin berniaga. Murah dan sangat berbaloi. . . Lekas..!

(* ˘⌣˘)◞ヽ(•‿•  )





Credit2u : Kpbpg



BOSS REACTION after working 3 month here

Assalamualaikum...


In the begining.....
Boss : Be good, you will be fine. . .






After a week... 
Must Work Hard k..?






After a month...
Must Work Hard you know..!






After a Quarter....
Can you hear me? You must work hard..!!!








"Be not afraid of going slowly; be afraid only of standing still."
-Chinese Proverb-
(⊙⊙)(☉_☉)(⊙⊙)



Credit 2u : groupVirtualFriends , Howdidudoit

Khutbah Terakhir Rasul Allah S.A.W - Khutbah Wida’

Assalamualaikum...





KHUTBAH WIDA’
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan..!!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. 
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. 
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. 
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. 
Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "





"God gives every bird its food, but He does not throw it into its nest."
-J.G. Holland-



p/s : Moga hari ini lebih baik dari hari semalam. . .



Credit 2u : Islam2unet , greencastle(pic)


GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK - 5 NEGERI TERLIBAT

Assalamualaikum...



Kepada pengguna BEKALAN ELEKTRIK yang dihormati sekalian,


Gangguan bekalan elektrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.
Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya 'terlebih' aktif' dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut.. 


1. SELURUH NEGERI MELAKA
2. SELURUH NEGERI SEMBILAN
3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR
4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5. SELURUH NEGERI JOHOR 


Pihak Tenaga Nasional Berhad Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pengguna terbabit dan berharap agar semua pengguna mengambil langkah sewajarnya.


(Attachment telah disertakan dibawah)


- Erk, jangan marah aku taw - aku pun terkena jugak ni . . . -

♥(ˆ⌣ˆԅ)
Hehe. . .



Credit 2u : groupVirtualFriends


Wordless Wednesday 5 : Chillax. . .

Assalamualaikum...





p/s : calm down & relax, ok..!

(乂ღ˘⌣˘)ノ♥ヽ(ˆ⌣ˆ)ヾ



Tahniah, awak pregnant..!

Assalamualaikum...


"Kak, saya preggy..."

Itu ayat yang aku terima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dua hari lepas.

Jantung yang sedang berdegup lembut tiba-tiba terhenti sekejap akibat terkejut dengan kenyataan itu.

Banyak kali skrin telefon bimbit aku pandang.
Cuba faham betul-betul makna dari ayat itu.
Seakan tak percaya atau mungkin aku sedang mimpi.
yelah kan.., malam-malam buta aku dapat mesej macam tu - kot la gurau

Serius, sedang aku mamai baru bangun tidur sebab terdengar bunyi mesej masuk tadi,
terus terbeliak mata bila melihat perkataan

Preggy..?

Dia preggy..?
Bukan maggi ok..! ( -___- )

Ya, Allah..! Sungguh aku sangat terkejut.

Bukan terkejut kegembiraan - happy - suka-suka
tetapi sedih kerana...

"Dah 8 minggu..."

Dia hamil - dah masuk 2 bulan - tanpa ikatan yang sah.

Dan aku baru tahu.
Memang la aku bukan BFF dia tetapi bila aku tanya dalam mesej,

"Siapa lagi yang tahu..?"

"Akak sorang jer... juga dia dan mak dia..." balasnya dalam mesej.


Sungguh kasihan..!

Sebab dia harungi seorang diri dalam tempoh itu.

Tanpa siapa-siapa disisinya.

"Mak ayah..? Adik beradik lain..?"

Dia balas mesej aku, "Mak sakit. Tak duk sini... Takut nak bagitahu diorang... "

Sungguh, aku lagi kasihan apabila...

"Dia suruh gugurkan..."

"Mak dia pun sama..."

Budak lelaki itu suruh dia gugurkan. Begitu juga ibunya.


Ya, Allah..!
Apa ni..? 
Aku buntu sangat bila itu jalan penyelesaian mereka.

(Habis madu sepah dibuang..! What u give, u get back la..!)
- Memang aku terkilan sangat dengan namanya Lelaki - dengan dua-dua jugak - sebab diorang ni muda lagi - bawah aku -

Korang tahu tak, korang dah buat salah?! 
Hukumnya berdosa besar kerana berzina..!
Takkan nak tambah dosa lagi dengan membunuh..!
(aku kasihan sangat dengan dia - tak sampai hati pula aku nak hambur dengan ayat begitu)

*****

Keesokkan harinya dia nak jumpa aku.

Akibat hujan lebat ditempat dia, kami tunda pada waktu petang.

Tetapi, apabila sampai waktu petang, tempat aku pula mengalami hujan lebat.

Ya, Allah..! Dugaan sungguh. . .untuk dia

*****

Beza umur kami dalam 2-3 tahun macam tu.
Dia seorang yang baik.
Cantik.
Rajin pergi kerja.
Aku tak kenal sangat pun dengan dia - cuma aku pernah tegur -

"Kenapa dengan lengan tu..?"
Sebab aku nampak lebam kehitaman.

Dan dia balas, "Err..terlanggar dinding..."

Aku ..???
Memang la tak percaya..! (--______~)

*****

* Aku bagi semangat pada dia

Kita akan harungi perkara ini bersama-sama..!

Susah senang kita kena bersatu..!

Jangan buat tindakan yang bukan-bukan..!

Biar rugi sekali, tapi jangan berkali-kali..!

Anggap ini sebagai kifarah dari Allah

Kita memang khilaf - tapi bila Allah dah jentik kita - itu maknanya Dia sayang sangat dekat kita..!

Dia nak sedarkan kita dari jauh tersesat..!

Tolong janji, jangan buat tindakan sendiri, ok..?


Jujur, aku hanya boleh cakap - cuba kena dekat batang hidung aku sendiri..!
Boleh jatuh terduduk aku, apabila pergi ke klinik, dan dengar doktor cakap -

"Awak hamil..."
tanpa suami..?

- dan aku pun akan jadi blank - otak kosong..! -

Ya, Allah..!
Beratnya dugaan dia. . .

*****

Benarlah kata Allah :-

Firman Allah :
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. 
(al-Isra’:32)

Disokong dengan hadis-hadis :-

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”


"Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.
(Riwayat Al-Hakim)

Bila dah namanya cinta dan sayang - semuanya kita rela..! :'(

Astagfirullah...


*****

Kadang-kadang aku :

Jahil
Degil
Leka
Khilaf

terhadap Allah

tetapi Allah masih lagi sayang aku , masih lagi bagi aku bernafas sehingga ke hari ini, tegur aku dengan hukumannya . . .

"Alhamdulillah. . ."
- Ya, Allah. Bantu aku..! Aku masih lagi bertatih melawan hawa nafsu -

*****



- Aku akan cuba bantu dia, walau aku tak tahu nak bantu macam mana - mula dari mana pun aku tak tahu sebenarnya - ( -___- )''

Kata Prof Dr. Muhaya dalam slot Celik Hati :
- Bantulah dari segi Fizikal, Rohani, Emosi dan Spritual (Semangat) -

InsyaAllah . . .



p/s : apa yang aku nak buat yer untuk tolong dia..? - minta sangat cadangan , nasihat atau idea sekiranya ada- moga Allah membalas jasa kamu - amin




Credit2u : BumiSertaIsinya , BlogUntukRemaja , DamascusMostWanted