Assalamualaikum...
Ok, serius tak sabar nak tonton sambungan drama minggu depan (erk, macam lama sangat pulak) .
Tak kisah la, tapi aku sangat teruja untuk mengetahui apa sambungannya...!
\(^____^)/
Jom, layan Drama apa la tu...
7 SUAMI
Selepas suaminya yang ke-berapa entah (haha..tak ingat-sebab ter-skip tengok =D ) , si Yah atau nama sebenarnya Safiyah (Izreen Azminda) balik juga ke tempat asalnya iaitu di kampungnya. Suami yang ke berapa entah tu dilakonkan oleh Azhar Sulaiman telah pun meninggal dunia akibat terlalu murung kerana lumpuh.
Jadi, Si Yah ni pun balik la ke kampungnya.
Sebelum berkahwin, Yah tinggal dengan neneknya. Dia ni memang sangat dibenci oleh hampir seluruh penduduk kampung kerana perbuatan ibu bapanya dulu.
( Kerana seorang dua ahli keluarga, kalau boleh semua keturunan nak dibenci )
Dalam Setandan Pisang, Bukan Semuanya Busuk , ok ..!
Selingan sikit ^____^
Jom, kita sambung semula...
Apabila Si Yah balik semula ke kampung, Si Suri (Shakila Shoriri) ni sangatlah benci benci teramat sangat..! Padahal dia cemburu... Well, dia dah dapat kahwin dengan si Ihsan (Aiman Hakim) ~ kekasih sejati / bekas kekasih si Yah. Jadi si Suri ni sangatlah terancam kedudukannya dan menuduh si Yah pulang ke kampung adalah untuk merampas semula si Ihsan.
Si Suri sangat tak puas hati kerana bukan sahaja si Haji Dollah (Kaza) , Ustaz - err tak ingat juga namanya
( nampak tidak fokus di situ (-___-'') ) ,
malah si Ihsan pun datang menjenguk ke rumah si Yah. Maka, makin panas la hati si Suri.
( Sape tak sayang suami Ooiiii )
Jadi, si Suri yang berdendam sangat dengan si Yah telah pun merancang satu Rancangan Jahat..!
dan.....
to be continued..... (erk..!)
p/s : tengok Live la baru best ~ ada sambung-sambung (baru surprise gituuu)
Wassalam...
by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi
Credit 2 u : infotaip
No comments: