Assalamualaikum...
Perumpamaan yang sering kita dengar... tapi penah tak kita fahami atau dalami perumpamaan ini...
Definisi peribahasa ini :
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu
Kita yang hanya melihat sudah merasai betapa peritnya akan masalah atau kesusahan tersebut, bagaimanalah pula dengan orang yang memikul ...umpama beban atau berat batu yang besar menghempap bahu mereka ... Sungguh berat..!
Betul tak..?
Kalau hati yang stok-stok memang lembut ni, tengok kucing kena pukul pun, dah terasa hati kita dengan perbuatan mereka yang kurang berperikemanusiaan ni kan... Sedih tengok kucing yang tiada pembelaan... Itu baru kucing, belum lagi lihat makhluk sejenis kita... melihat orang tua yang meminta sedekah, anak kecil yang berkeliaran di pusat membeli belah... bagaimana sebenarnya kehidupan mereka... sangat kasihan ...
Kita manusia ni selalunya hanya pandai berkata-kata... tapi tidak pandai untuk bertindak dengan kata-kata itu...
Contoh paling dekat , memeberi nasihat ~ pong pang pong pang ~ tapi hakikat sebenarnya, kita sukar sangat untuk mengikuti nasihat yang kita telah beri itu.
Kita pada masa ini hanya pandai melihat, melihat dan melihat. Selepas itu, kita cepat-cepat menafsir apa yang kita telah lihat itu. Kalau tafsiran yang baik, tidak mengapalah... tetapi ramai orang yang melihat akan menafsir yang negatif terlebih dahulu, barulah positif (nasihat untuk diri sendiri juga ^_^ )
Mungkin dulu-dulu kita pernah mencebik apabila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin kosong.
Pandangan Positif : Kasihan pak cik ni.
Pandangan Negatif : Itulah, dulu mesti ponteng sekolah...
Suka hati je... ^_^ Main petik je cakap macam tu ...,
Padahal, pak cik itu hanya ingin mencari wang bagi sesuap nasi. Hanya dia yang tahu beban yang menimpa dia. Mungkin juga dia berusaha untuk mencari rezeki yang halal bagi keluarga dan anak-anak dia pula.
Kita yang hanya memandang, hanya tahu kasihan dan simpati. Tetapi sebenarnya, berat lagi beban galasnya itu.
Mungkin dulu-dulu kita pernah menutup hidung apabila ada seorang mak cik tua datang meminta RM1 kepada kita dikedai makan. Ketika itu pula , kita sedang menikmati roti canai telur bawang yang sangat enak.
Apa yang perlu kita buat..?
"...Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa..!"
So, Ikut la Akal, insyaAllah-Berjaya "
Menolong orang yang dalam kesusahan, pasti mendapat ganjaran di akhirat kelak..!
Kadang kala..,
Kita pernah menukar siaran ke stesen TV yang lain disebabkan siaran Bersamamu sedang ke udara
(-_-'')
Wahai teman-teman dan pembaca-pembaca blog...
Marilah kita sama-sama sedar akan " sediakan payung sebelum hujan "
Kita tidak pernah menjangka tentang setiap ujian yang Allah nak bagi pada kita. Kita selalu menjangkakan semuanya indah dalam hidup kita. Dalam meniti serta menghayati keindahan itu, kita selalu terlupa untuk membuat persediaan apabila ujian telah menimpa diri kita.
Barulah kita akan kelam kabut, tertekan, putus asa kerana terkejut dengan musibah yang tiba-tiba menjengah dan menimpa kita.
Sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi musibah, andai jika suatu pagi nanti, ketika kita sedang bersarapan , tiba-tiba kita rebah akibat serangan jantung. Sudahkan kita bersedia utk menghadapinya..? Cukupkah persediaan yang ada..? Terutamanya dari segi kewangan dan banyak lagi yang perlu kita fikir ...
Jika jawapanya TIDAK.. maka sudah sampai masanya anda sediakan satu persediaan untuk diri anda, suami atau isteri dan anak-anak anda apabila menghadapi musibah. Jadikan setiap hari, adalah hari yang terbaik untuk suami atau isteri dan anak-anak anda kerana anda tidak tahu seandainya esok adalah hari terakhir anda...
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
~by : Eika~
Credit 2u : Wiki , SuaraSimpangKiri
No comments: