Assalamualaikum...
*entry diri-peribadi mungkin-lebih tepat soal hati
Kalau aku type ni-
of coz aku akn nangis-lagi-
tapi aku penat la nak simpan-hati ni macam nak meletup-
boleh tak aku nak luah kat blog aku ni. . .

*****
Tarik nafas-kuat semangat-sabar ok..!
Hadis riwayat Anas ra., ia berkata:
Nabi saw. bersabda:
Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya,
maka ia dapat menemukan manisnya iman,
yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain,
mencintai orang lain hanya karena Allah,
tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya)
sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.
(Shahih Muslim No.60)
Perasaan cinta-itu lumrah-
kepada manusia-
Tetapi bila perasaan cinta manusia
melebihi perasaan cinta terhadap Allah-
itu yang bahaya-
Sebab-
Allah tak restu..!
Lainlah perasaan cinta manusia itu kerana Allah-
Tapi betul ker..?
Kalau betul kenapa-
berleluasa dengan buang anak merata-rata
ditangkap khalwat
malah-ada yang sanggup lari dari rumah
belakangkan keluarga bagai..!
Ini namanya Cinta manusia kerana Allah..?
Alasan semuanya-
Biarlah cinta itu berpada-pada-
takut merana jiwa-
jatuh terduduk-
tak bangun-bangun..!
Biarlah benci itu berpada-pada juga-
Janganlah melebih-lebih
takut bukan jatuh terduduk-
tapi jatuh sayang pula..!
-@mi3
Terima Kasih Ya Allah-
kerana beri aku pengalaman..!
Pengalaman yang mengajar aku-
apa itu rasa jatuh cinta-
rasa disayangi oleh Insan yang bergelar Lelaki-
Membantu aku ketika dalam kesusahan-
Memberi aku dorongan-
Mengajar aku supaya bertolak ansur-
dalam perhubungan-
Berbunga-bunga hidup gembira..!
Tetapi-
Selepas dia mendapat kerja yang lagi bagus-
Aku..?
Dibiarkan sepi begitu sahaja-
Alasan..?
untuk membiasakan diri dengan persekitaran di sana..!
Banyak sangat kena handle itu ini-
Bila aku cakap sikit-
Dah kena cop-
"boleh tak jangan membebel..!"
Haha-kan padan muka
Semua yang aku buat-
salah dimatanya-
itu ini-serba tak kenalah..!
Semuanya salah-
Ahh, adakah itu alasan..!
Untuk menjauhkan diri dariku barangkali-
*****
Cinta Allah-itulah Cinta yang paling hakiki..!
Ya, Allah-
Barangkali ini balasanku, kan..?
Membiarkan kau sepi-
Bergantung harap pada mereka yang bergelar manusia..!
Ya, Allah,
Maafkanlah aku..!
Menyesal..?
Memang aku menyesal..!
Sebab ini memang salahku-
Tetapi aku bukan menyesal kerana dugaanMu-
Sebab, aku percaya-
setiap kejadian-ada hikmahnya-
Takkan aku nak salahkan takdir..!
Nop..!
Aku bukan begitu..!
Aku perlu bangkit..!
Bangun..!
Wake up..!!!
Dari mimpi-mimpi berbunga-bunga..!
Sebab-
kan bunga itu akan layu akhirnya-Opsss-kumbang la-
haha~mula dah berpuitis bagai
*****
'Only in the remembrance of Allah,
can the heart find peace.' [13:28]
p/s :
“Moving on is easy.
It's staying moved on that's trickier.”
~Katerina Stoykova Klemer
Credit2u : islam2u , zakira-afina , iluvislam(pic)