Home
Home
*BULETIN TERKINI..!*
Leave URL - Nanti aku BW semula, ok..!!! =D
Wordless Wednesday 12 : It's Media..!
Wordless Wednesday 11 : SABAR
TAHNIAH kepada PEMENANG..!
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
Wordless Wednesday 10 : Just say THANKS..!
Bangkit Cheese
Saturday Car Boot Sale 2014
Jom Daki Gunung Kinabalu..! @__@
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S005)
Majlis Mega Mawlid 2014 Bersama Habib Syech Assegaf
Sampai bila-nak nangis ni..!!!
Segmen Blogwalking by Izzati Amira
LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH
SABAR
Bersyukur - itu Nikmat Bahagia
Hanez Suraya Saman MAS - Apa kes ?
Segmen : Cari Followers Mei !
Smile Giveaway by Shad
Think Positive..!
Wordless Wednesday 9 : Jelous
Seminar Hidup Luar Biasa 2014 - Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
I repeat-ABORT..!
Tempahan M(H)1001 - DH1000 (S004)
Tempahan Kepala Patung - DH1000 (S003)
KEPALA PATUNG - Second Hand
FEMALE HALF BODY MANNEQUIN
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
Bagi Bunga dari Najis
Segmen Blogger Aktif
1st Time MEROTI..!!!
Segmen Blog Review..!!!
DIY - erk..!
Be Strong Gurl..!
CALL
Warna-warni Kehidupan di PEJABAT
TEMPAHAN - KP01 & KP02
Wordless Wednesday 8 : Just CARES..!
Thank you..! For ur support..!
Dato' Aziz Sattar meninggal dunia
TAKDIR 2 BERADIK - Innalillah...
POPIA NESTUM
CHEESE TART-HARGA PROMOSI..!!!
TAHNIAH..!-Peserta yang menang (GA by Ika)
Sikap Sham Kamikaze - Hipokritkah kamu..?
Wordless Wednesday 7 : Thanks Allah
Sahabat Sejati
Anak Kecil Dan Seketul Batu
It's about LIFE...
Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
Cuti Ooo Cuti...

Please, I'm so sorry...!

Assalamualaikum...



Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu.

Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah dibahagian mulutnya.

Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut.

Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. 

Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah dan akhirnya ia pun mati.

-Ringkasan cerita Ular dan Gergaji-


*****

Mesti korang pernah terdengar atau pernah terbaca tentang cerita ini kan..? Atau mungkin tidak tahu langsung tentang kewujudan cerita ini..? -ok itu aku... hehe

Duk aku membelek-belek post member kat fb tadi, terjumpalah cerita yang di-share-nya ini. 

Aku agak tertarik sebab memang cerita itu kena sangat batang hidungku yang agak tak mancung ini 
haha ~ walaupun tidak mancung - tetap menjadi pojaan hati dot dot dot - Alhamdulillah... 

Ok, abaikan ( -____- )


*****

Jika Emosi berjaya memalapkan Hati kerana sedang terluka atau telah disakiti,

 Telah berjaya juga mengubah Akal menjadi kurang waras, 

maka sifat Amarah pantas muncul tanpa segan silu.

Sekaligus, kita akan berusaha untuk membalasnya semula dengan adil - adil kata kau..!

Dengan mudah kita melukai dan menyakiti hati mereka . . .

Dengan mudah kita membuat mereka yang kita sayang itu terluka dengan ucapan atau perbuatan kita . . .

Dengan mudah juga kita menghukum tanpa ingin dengar penjelasan atau kata maaf mereka . . . 

Kenapa..?

Sebab dalam minda kita telah di-SET-kan

ADIL

atau

itu baru la adil . . . - haisshh ...


Itulah dinamakan Dendam ..!

Dendam yang akan membuatkan kita hilang rasa malu - kurang waras - rasa peduli dengan perasaan orang

Semua telah luntur akibat Marah..!

Angkara apa..?

Marah..!

Sehingga menjalar menjadi dendam kesumat

Api yang marak perlu segera dipadamkan dengan air



Sebab itu, marah yang keterlaluan perlu dipadamkan dengan segera - jangan tangguh..!

Takut ia akan menjadi dendam, dendam yang akan membinasakan diri kita sebenarnya. . .


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab : Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


Konon kita telah puas membalasnya dengan menyakiti mereka sebagaimana hati kita telah disakiti

Konon kita rasa itu adil sebab - well, ko rasa jugak apa yang aku rasa

 Tapi sedar tak, sebenarnya kita telah menangkan nafsu amarah kita..!

Marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki minda kita.
Dengan emosi yang membuak-buak, kita akan segera membalas perbuatan mereka - kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa atau akan datang.

Kita melukai hati mereka - mungkin dengan kata-kata atau perbuatan kita.

Padahal, jika kita benar-benar sedar,

diakhirnya nanti,

yang akan terluka itu adalah diri kita sendiri . . .


Iyalah kan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata - tanggunglah akibatnya

Sebab itu, kita pasti akan menyesal dengan tindakan yang ntah apa-apa tu.

Tak payah ambil masa lama sangat, satu hari pun dah cukup..!

Pagi kita duk berperang mulut -

Petang?

Erk, baru kita sedar - yang kita juga telah membalas perbuatan orang yang menyakiti hati kita itu dengan kata-kata yang sangat tajam sehingga mereka pun terluka

Kan hati dah tak bahagia -

Orang yang sebenar-benarnya hebat, bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, tetapi apabila dia berjaya mengalahkan nafsu amarahnya sendiri.


"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)


Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada empat :

Suka memberi pada waktu susah
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya
Memberi maaf pada waktu marah




Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)


psstttt :
- Bukan manusia mati kerana patukan ular, tetapi mati kerana bisa yang telah menjalar dalam tubuhnya - 



by :
Hamba yang selalu Menerima
Khalifah yang cuba Memberi


p/s : kerana marah, aku binasa




1 comment:

Fiza Aizzawa said...

disebabkan dendam akhirnya akan memakan diri sendiri...