Assalamualaikum...
"Kak, saya preggy..."
Itu ayat yang aku terima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dua hari lepas.
Jantung yang sedang berdegup lembut tiba-tiba terhenti sekejap akibat terkejut dengan kenyataan itu.
Banyak kali skrin telefon bimbit aku pandang.
Cuba faham betul-betul makna dari ayat itu.
Seakan tak percaya atau mungkin aku sedang mimpi.
yelah kan.., malam-malam buta aku dapat mesej macam tu - kot la gurau
Serius, sedang aku mamai baru bangun tidur sebab terdengar bunyi mesej masuk tadi,
terus terbeliak mata bila melihat perkataan
Preggy..?
Dia preggy..?
Bukan maggi ok..! ( -___- )
Ya, Allah..! Sungguh aku sangat terkejut.
Bukan terkejut kegembiraan - happy - suka-suka
tetapi sedih kerana...
tetapi sedih kerana...
"Dah 8 minggu..."
Dia hamil - dah masuk 2 bulan - tanpa ikatan yang sah.
Dan aku baru tahu.
Memang la aku bukan BFF dia tetapi bila aku tanya dalam mesej,
"Siapa lagi yang tahu..?"
"Akak sorang jer... juga dia dan mak dia..." balasnya dalam mesej.
Sungguh kasihan..!
Sebab dia harungi seorang diri dalam tempoh itu.
Tanpa siapa-siapa disisinya.
"Mak ayah..? Adik beradik lain..?"
Dia balas mesej aku, "Mak sakit. Tak duk sini... Takut nak bagitahu diorang... "
Sungguh, aku lagi kasihan apabila...
"Dia suruh gugurkan..."
"Mak dia pun sama..."
Budak lelaki itu suruh dia gugurkan. Begitu juga ibunya.
Ya, Allah..!
Apa ni..?
Aku buntu sangat bila itu jalan penyelesaian mereka.
(Habis madu sepah dibuang..! What u give, u get back la..!)
- Memang aku terkilan sangat dengan namanya Lelaki - dengan dua-dua jugak - sebab diorang ni muda lagi - bawah aku -
Korang tahu tak, korang dah buat salah?!
Hukumnya berdosa besar kerana berzina..!
Takkan nak tambah dosa lagi dengan membunuh..!
(aku kasihan sangat dengan dia - tak sampai hati pula aku nak hambur dengan ayat begitu)
*****
Keesokkan harinya dia nak jumpa aku.
Akibat hujan lebat ditempat dia, kami tunda pada waktu petang.
Tetapi, apabila sampai waktu petang, tempat aku pula mengalami hujan lebat.
Ya, Allah..! Dugaan sungguh. . .untuk dia
*****
Beza umur kami dalam 2-3 tahun macam tu.
Dia seorang yang baik.
Cantik.
Cantik.
Rajin pergi kerja.
Aku tak kenal sangat pun dengan dia - cuma aku pernah tegur -
"Kenapa dengan lengan tu..?"
Sebab aku nampak lebam kehitaman.
Dan dia balas, "Err..terlanggar dinding..."
Aku ..???
Memang la tak percaya..! (--______~)
*****
* Aku bagi semangat pada dia
Kita akan harungi perkara ini bersama-sama..!
Susah senang kita kena bersatu..!
Jangan buat tindakan yang bukan-bukan..!
Biar rugi sekali, tapi jangan berkali-kali..!
Anggap ini sebagai kifarah dari Allah
Kita memang khilaf - tapi bila Allah dah jentik kita - itu maknanya Dia sayang sangat dekat kita..!
Dia nak sedarkan kita dari jauh tersesat..!
Dia nak sedarkan kita dari jauh tersesat..!
Tolong janji, jangan buat tindakan sendiri, ok..?
Jujur, aku hanya boleh cakap - cuba kena dekat batang hidung aku sendiri..!
Boleh jatuh terduduk aku, apabila pergi ke klinik, dan dengar doktor cakap -
"Awak hamil..."
tanpa suami..?
- dan aku pun akan jadi blank - otak kosong..! -
Ya, Allah..!
Boleh jatuh terduduk aku, apabila pergi ke klinik, dan dengar doktor cakap -
"Awak hamil..."
tanpa suami..?
- dan aku pun akan jadi blank - otak kosong..! -
Ya, Allah..!
Beratnya dugaan dia. . .
*****
Benarlah kata Allah :-
Firman Allah :
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)
Disokong dengan hadis-hadis :-
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”
"Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.
(Riwayat Al-Hakim)
Bila dah namanya cinta dan sayang - semuanya kita rela..! :'(
Astagfirullah...
*****
Kadang-kadang aku :
Jahil
Degil
Leka
Khilaf
terhadap Allah
tetapi Allah masih lagi sayang aku , masih lagi bagi aku bernafas sehingga ke hari ini, tegur aku dengan hukumannya . . .
"Alhamdulillah. . ."
- Ya, Allah. Bantu aku..! Aku masih lagi bertatih melawan hawa nafsu -
*****
- Aku akan cuba bantu dia, walau aku tak tahu nak bantu macam mana - mula dari mana pun aku tak tahu sebenarnya - ( -___- )''
Kata Prof Dr. Muhaya dalam slot Celik Hati :
- Bantulah dari segi Fizikal, Rohani, Emosi dan Spritual (Semangat) -
InsyaAllah . . .
p/s : apa yang aku nak buat yer untuk tolong dia..? - minta sangat cadangan , nasihat atau idea sekiranya ada- moga Allah membalas jasa kamu - amin
Credit2u : BumiSertaIsinya , BlogUntukRemaja , DamascusMostWanted

3 comments:
dia hadapi seorang diri huhu sedih
Hmmm buntu juga ye nk menolongnya..kalo zai pn xtau la nk tlg mcm mne. Yg pntg jgn kasi die gugurkan kandungn tu. Kesian baby tu xberdosa.
nasi dah jadi bubur.. kalau gugur akan buat dosa no. 2.. kesian kat baby..